Thursday, September 3, 2015

Avanza 1.3(A) - Kereta sewa terbaru memasuki senarai

Alhamdulillah rezeki dari Allah. Selesai sudah urusan trade in Preve maka digantikan dengan Toyota Avanza 1.3A. Beli di Used Car.

Maaf ambil masa nak ambil gambar sebab masa balik tak sempat nak snap sebab keesokan harinya dah mula di sewa. Maka dengan ini saya dengan rendah diri memperkenalkan koleksi MPV ke 2 RUL Car Rental untuk memenuhi permintaan penyewa MPV dengan harga bajet tapi masih mengekalkan kualiti dan kebersihan kereta.

Dengan berbekalkan tips, tunjuk ajar pomen panel RUL Car Rental, saya mengambil masa juga untuk mencari Avanza dalam kondisi terbaik tetapi harga yang berpatutan untuk dibuat sewa. Alhamdulillah kereta ini dalam keadaan kondisi terbaik selepas mendapat feedback dari pomen panel saya.

Kadar sewa masih tidak berubah sama seperti Toyota Unser sahaja. Enjin VVTI Toyota memang terbaik!

Biarlah gambar berbicara dan biarlah bakal penyewa kereta ini yang merasai kenikmatan memandu Toyota Avanza saya dengan kadar bajet tetapi kualiti dan kebersihan tetap dititikberatkan.

Jangan segan silu untuk whatsapp atau call saya pada talian yang telah disediakan di Page ini.

Terima kasih Ya Allah, doa ibuku, doa isteri serta anak-anak tercinta maka saya persembahkan Avanza 1.3 Auto ini buat bakal penyewa diluar sana.








No comments:

Post a Comment