Saturday, May 26, 2018

Kedai lampu terbest kat Puchong

Entri kali ni takda kaitan dengan kereta sewa tapi kedai lampu. Ya kedai lampu. Minggu lepas ada beberapa biji lampu kat rumah dah mula terbakar jadi banyak lampu spare saya gunakan. Maka takda dah stok spare maka hari ni saya ke Puchong.

Walaupun jauh dari Hulu Langat nak ke Puchong semata-mata nak beli lampu tapi itulah hakikatnya. Kenapa kedai ni jadi antara kedai kesukaan saya akan kongsikan hari ni.

Jika anda hendak cari kedai ni guna je aplikasi Waze dan taip "House of Lighting" maka ikut je arah yang Waze dah tetapkan. Apabila anda sampai je kedai ni anda akan disambut oleh pekerjanya yang ramai dan salah seorang akan mula tanya apa yang dicari. Dialah yang akan bagi cadangan, tunjuk jenis yang anda kehendaki, amik order dan selepas itu jika anda dah muktamad maka anda akan diberi nombor. Anda kena pergi ke kaunter untuk test barang yang diorder dan jika dah puas hati tunggu nombor anda dipanggil.  Buat bayaran dan pegang slip dan resit. Sampai je pintu keluar ada pekerja yang akan minta slip tersebut dan setelah betul tu barang anda dia akan hantarkan ke bonet kereta.

Pelanggannya memang ramai. Tak putus-putus kata orang. Walaupun ramai tapi sistem yang kedai ni guna dari anda masuk kedai sehinggalah keluar kedai sangat efisyen dan pantas. Layanan sangat tip top. Itulah kelebihan kedai ni dan akhir sekali jangan tak percaya harga barang kat kedai ni terutama lampu adalah sangat murah berbanding kedai lampu diluar yang lain.


No comments:

Post a Comment