Sunday, June 3, 2018

Meninjau ke ST Rosyam Mart

Sekalung tahniah buat Rosyam Nor atas pembukaan pasaraya baru yang menarik. Hari ni hari Ahad dan saya ambil kesempatan untuk melihat sendiri setelah banyak perkongsian di FB.

Lokasinya di Setiawangsa dan tak susah nak cari tempat ni. Yang datang dari arah Jelatek masuk ke Setiawangsa dan selepas masjid pertama tu tengok sebelah kiri maka nampaklah pasaraya ni.

Bila sampai sahaja tempat ni perasaan pertama saya bangga kerana seorang lagi anak melayu berjaya membuka sebuah pasaraya yang besar dan selesa. Dari luar dah nampak betapa ramainya orang.


 Masuk ke dalam lagilah ramai dan saya mula melihat satu persatu segmen dalam pasaraya ni. Beraneka barang ada di sini dan yang paling saya suka tengok adalah bahagian cheesenya. Saya tidak bercadang untuk membeli apa-apa hari ini kerana orang terlampau ramai. Cukuplah saya survey dahulu.



 Menarik sekali bila melihat susun atur barang kat sini. Bahagian lamb juga menarik minat saya.



Bahagian ikan juga lebih menarik kelihatan segar dan cantik ikan-ikannya. Harga murah sedikit dari pasaraya saingan. Bahagian ayam paling menarik kerana semua bahagian ada dijual sehingga ke rangka dan tulang ayam. Tulang ayam bagus bagi yang nak guna jadi stok sup ayam.






 Jadi, hasil dari pemerhatian saya yang singkat ni, sudah pasti saya nak berkunjung lagi di sini. Sebabnya selesa, harga ada yang murah dan berpatutan, pelbagai pilihan dan sudah semestinya saya support peniaga melayu Islam. Lupa nak bagitau pasaraya ni beroperasi 24 jam. Tu yang best. Ada elemen Cold Storage dan sedikit NSK dari segi jenis barang yang terdapat di sini.



No comments:

Post a Comment