Wednesday, June 24, 2020

Sate Dusun Tua amcam padu ke?




Kredit musik tema:
Kumpulan Senario - Cinta Sate

Video kali ni adalah review sate terbaik di Dusun Tua Hulu Langat. Sebenarnya agak sukar nak mencari sate yang mantap dari segi kedua duanya iaitu dari segi rasa sate dan juga rasa kuah kacangnya. Penjual sate kali ni dah bertapak lama kat Hulu Langat. Zaini namanya. Istimewanya tidak ada tempat untuk makan cukup sekadar bungkus sahaja. Tapi jangan terkejut sebab walaupun sekadar bungkus tapi pelanggan tetapnya cukup ramai. Jangan terkejut boleh dikatakan setiap hari habis satenya. Ye memang habis. Lambat order habis. Apa yang menarik sate kat sini?

Oh lupa saya nak perkenalkan ownernya. Tuan punya perniagaan ini adalah Abang Zaini (FB: https://www.facebook.com/mohd.zaini.376695) Kalau mengikut Page Rasmi beliau Sate Dusun Tua (https://www.facebook.com/SATE-DUSUN-TUA-724974200902754/) waktu operasi bermula setiap hari bermula pukul 5.00 petang sehingga habis. Jadi kalau lambat memang habis. Apa yang uniknya sate kat Abang Zaini sampai saya buat video khas untuk promote? Ya satenya dah tentu sedap, cukup ngam masaknya tak terlalu mentah dan tak terlebih masak. Juicy dan lembut. Aroma perapan rempah memang just nice. Tidak keterlaluan perapannya. Bagaimana dengan kuah kacangnya? Sudah tentu terbaik. Kalau musim sebelum Syawal memang saya tempah siap2 kuah kacang kat Abang Zaini ni sebab nak makan dengan nasi impit dan lemang. Memang terbaik. Anda belum pernah cuba? Serius rugi. Cuba kalau tak percaya. Dah try sila kongsikan pengalaman anda dan komen terus kat alam maya. Insya Allah sedap.

Bagi yang mencari kereta sewa boleh hubungi saya melalui WhatsApp link berikut:

http://rcr.wasap.my
https://www.facebook.com/rulcarrental/
http://rulcarrental.blogspot.com/

#keretasewabajet
#hululangat
#rulcarrental

Mohon Follow, Like dan Share video ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment