Thursday, July 23, 2020

Roti Kaya Junus



OK video kali ni pendek saja. Sesiapa yang lalu area Watsons Lagenda Suria, Hulu Langat kadang-kadang perasan ada satu van jual roti. Setelah beberapa kali lalu, saya singgah nak mencuba sendiri roti ni. Untuk pengetahuan saya memang penggemar roti babu yang cukup disapu marjerin dan kaya sahaja. Terkenang ketika saya berumur 6 tahun dulu memang suka roti yang disapu marjerin dan kaya. Masa tu babu jual roti cuma naik basikal tua dan memang jauh dia kayuh basikal tua tu.

Kali ni saya bertemu dengan penjual tapi dengan konsep sedikit moden. Walaupun moden tapi rasa hampir-hampir tak lari. Memang menggamit kenangan bila pekena roti yang disapu dengan mentega dan kaya. Anda yang belum cuba silalah cuba. Bagi saya ok dan sedap untuk dinikmati. Jenama yang diketengahkan diberi nama Roti Kaya Junus. Kalau tengok dari kain rentangnya berasal dari Perak. Itu sahaja review ringkas untuk entri kali ni. Sedap saya dah cuba. Anda bila lagi?

No comments:

Post a Comment