Saturday, June 9, 2018

Turun gearbox terus si WGQ

Semenjak beli kereta ni dari owner lama dulu, ini kali pertama saya terpaksa keluarkan belanja yang agak kasar. Apa taknya turun gearbox kali ni sebab gearbox lama dah rosak. Memandangkan kereta lain dah habis orang booking untuk balik raya maka saya repair jugak lah nak balik raya minggu depan ni.

Bila difikir balik banyak dah WGQ ni berjasa dan jarang buat hal. Jadi saya redha yang gearbox dah rosak campur servis dan tukar barang lain lagi. Seperti biasa saya akan hantar kat bengkel lorong depan ni sahaja senang nak tengok.

Bengkelnya tak lain tak bukan MHH Auto Services di Taman Sri Nanding. Kat atas bengkel ni pusat tusyen.


Tadi singgah kejap tengok progress camna. Tengah pasang dan harap-harap ok semua. Nak jalan jauh lepas ni.


Teruk sangat dah kondisi gearbox lama ni rupa pun lagi la haru.



Moga siap hari ni tak sabar nak test.


No comments:

Post a Comment