Wednesday, June 20, 2018

Kancil 850 auto dari Hulu Langat ke Pasir Mas?


Begitulah tajuk entri kali ni. Sepanjang saya menyewakan kereta ni kat customer, ada yang mengaku dah bawa sampai Terengganu, ada yang dah bawak naik Genting. Saya sendiri paling jauh guna Kancil ni sampai Kuala Pilah sahaja. Memandangkan mem kali ni balik naik belon maka saya pulak amik peluang sewakan Saga & Avanza untuk sewa raya, maka saya mencabar diri untuk test kereta ni sendiri balik Kelantan. Ya betul. Tapi ingat saya tak cuak ke? Memang saya hantar masuk bengkel MHH Auto dulu untuk Abang Amir check.

Akhirnya tanggal 17 Jun pukul 8.44 am saya memulakan perjalanan dari Taman Sri Nanding. Memang semangat berkobar-kobar.



Keluar simpang singgah sebentar nak cuba Lemang Classic. Perindu & Lagenda dah biasa beli kali ni cuba sebelah diorang pulak. Beli 2 batang untuk buah tangan omak mertua kat Kelantan.


Perjalanan diteruskan untuk isi minyak pertama dulu. Singgah kat PETRONAS dekat dengan zoo negara tu. Isian pertama RM 29.50 sebab ada minyak lagi.



Dah isi penuh terus menghala ke arah Batu Caves. Memang hujan sket masa tu dan terspot sebijik Myvi baru eksiden terbabas mungkin sebab jalan licin.




Lepas dah masuk Highway Karak saya meneruskan perjalanan secara santai takda la laju mana pun sekitar 80-90 km/h. Seronok bila dah mula masuk Central Spine Road baru rasa aman sket.


Maka layan la crusing sedar tak sedar dah nak sampai hujung highway dah. Sebenarnya tahun lepas masa guna highway ni baru sampai Sungai Yu, kali ni dah Merapoh pulak. Rasanya kalau tahun depan agak2 boleh merasa tak exit terus Gua Musang?



Alhamdulillah akhirnya saya sampai kat Hentian RNR Gua Musang, hotspot untuk berenti makan, mandi, solat. Ya memang kalau jenis dah berumur cam saya ni kalau jalan jauh camni mesti berhenti nak mandi dulu nak segarkan balik badan. Lepas makan, mandi, solat snap satu gambar Kancil ni dah jejak sini sebagai bukti haha.


Kat Bandar Gua Musang tu saya topup minyak lagi. Kali ni RM 31.00


Perjalanan diteruskan santai-santai sahaja. Lepas Gua Musang ni kat kawasan mana saya tak pasti tapi  memang ada satu kamera AES jangan ingat takda. Cuma tak pasti la hidup ke tak. Ada kamera AES atau tak yang penting bawa kereta jangan la gelojoh tak kemana puna nak cepat sangat.



Sampai ke destinasi berikutnya simpang yang memang akan jem manjang time raya tak lain tak bukan kalau tak di Kuala Krai ni.


Lepas dari Kuala Krai ni saya dah tak sempat nak snap gambar sebab dah mula jem dari Kuala Krai ke Tanah Merah jadi saya guna jalan alternatif lain iaitu lalu Kemubu ke apa tah nama tempat tu. Alhamdulillah setelah berhempas pulak lalu jalan pesisir sungai tu dengan mengenal kereta dari arah bertentangan lagi akhirnya saya berjaya sampai kat rumah mertua saya pada jam 6.07 pm dengan jarak pemanduan sejauh 467 kilometer dari rumah saya di Taman Sri Nanding.



Haha itu sahaja entri saya pasal bawak kancil ni. Masa balik dalam entri lain. Kesimpulannya temperature cantik, memang tak lebih dari setengah, air cond maintain sejuk, gearbox smooth je. Memang layan bawak Kancil kali ni. Kalau niat nak laju sori la memang tak dapek nak nolong ni kalau nak santai-santai drive orang veteran rileks-rileks memang ON. Kos petrol anggaran RM 50 - RM 55 camtu.

No comments:

Post a Comment