Thursday, June 21, 2018

Balik kampung di Pasir Mas (syawal 2018)

Bila balik kampung sekali-sekala di Kelantan, perkara yang seronok untuk lihat kat sana adalah perniagaan, makanan dan jalan-jalan cuci mata kat Siam.

Kalau dulu nak ke pasar mesti ke pekan Pasir Mas yang dah sememangnya agak sempit dan tak selesa tapi kini suasana tempat baru lebih luas dan besar. Peniaga juga bertambah ramai. Nama tempat ni Pasar Besar Bandar Tasek Raja bagi menggantikan pasar lama di pekan Pasir Mas.





Kalau datang sini memang suka makan nasi berlauk kat kedai ni, memang sejak tau tempat ni kat dia ni paling ramai. Gulai ayamnya memang sedap dan pelbagai lauk lain.



Masuk lagi ke dalam lagi macam-macam ada. Ada tingkat atas lagi tak sempat amik gambar sebab leka cuci mata.




OK selesai jalan-jalan kat pasar sini. Berikutnya saya singgah ke Munduk. Punya la leka cuci mata lupa nak amik gambar. Sempat amik gambar teh hijau ni je ha. Kat sana packing dia memang camni. Agak unik. Bukan setakat teh hijau tetapi pelbagai lagi jenis air serbuk dan pelbagai perisa.


Hari berikutnya saya berkesempatan ke Tak Bhai. Sini memang antara yang paling best kalau nak shopping dan cuci mata berbanding di Munduk. Cuma kali ni saya takda shopping apa sangat sebab bajet baru digunakan untuk repair Kancil jadi cuci mata je lah takpa yang ni pun dah seronok.


Tu dia durian siam memang besar-besar. Tak beli pun camna nak naik tongkang bawak banyak-banyak barang dah la dukung anak lagi.



Kat celah-celah ni banyak lagi gerai-gerai. Kena masuk dalam lagi. Memang boleh gila tengok barang-barang kat sini sebab tu kali ni sedar diri sket sebab bajet tengah tak berapa hensem. Tengok je la mampu.


Selesai jalan-jalan dan beraya di Pasir Mas dan Tak Bhai tibalah saat saya nak kembali ke Hulu Langat. Sebelum balik sempat snap gambar dulu Kancil ni dah jejak ke Pasir Mas.



Dalam perjalanan balik saya sempat berhenti seketika di Bandar Tanah Merah bukan senang nak berhenti sini. Saya balik awal pagi dari Pasir Mas maka belum berapa jem lagi kat sini. Kalau tengahari ke petang mintak maaf la nak berhenti kat sini memang tak merasa la dek kerana jem.


Bila sampai pulak kat Bentong, sempat saya menyinggah kat kedai ekzos ni nak tukar terus ekzos kancil ni sebab dah teruk sangat, karbon banyak sangat, berkerak, ada bocor lagi. Layan je tukar kejap baru terus kan perjalanan. Kira OK la perjalanan kali ni walaupun sekadar bawak Kancil. Enjoy apa layan feeling.




Akhirnya sampai Tol Karak. Lepas sentuh kad Touch N Go haha menghadap jem la kejap. Memang traffik agak perlahan. Hujan lebat lagi kat depan. Syukur Alhamdulillah akhirnya sampai juga Hulu Langat sekitar 6.00 pm.



No comments:

Post a Comment