Monday, November 5, 2018

Jualan Gudang Karangkraf 2018

Semalam (4 November 2018) saya berkesempatan untuk mengunjungi Karangkraf di Seksyen 15. Ada jualan gudang untuk akhir tahun 2018. Jangan tak percaya Novel tebal2 yang selalu harganya sekitar RM 19.00 ke RM 28.00 tu anda boleh dapat RM 1.00 sahaja kat sini. Tu yang ramai menyerbu tu. Saya pun apa lagi taknak ketinggalan untuk bawak anak2 saya yang sememangnya gemar membaca novel.



Tahun sebelum ni kalau tak silap saya dia buat di luar dan pasang khemah besar. Tahun ni kat dalam. OK sket dan sejuk beraircond. Macam2 gelagat saya perhatikan kat sini. Ada yang penuh sekali 2 bakul, ada yang sekadar memeluk sahaja buku yang dah dipilih, ada yang duduk tersandar kat dinding, ada yang tunggut kat sudut dan sorang lagi pergi memborong dan ada juga yang melihat lihat sahaja. Itulah ragamnya semalam tapi memang meriah.



Inilah masanya untuk anda mendapatkan buku pada harga yang murah. Untuk makluman bukan setakat novel sahaja, ada buku masakan, Al Quran dan macam2 lagi saya pun tak sempat nak meneroka jauh ke belakang sebab ramai orang sangat dan bawak anak kecil. Kat sini juga anda berpeluang untuk berjumpa dengan penulis novel sendiri mana2 yang kaki membaca novel tu. Saya memang perasan ada 2 orang duk promote novel masing2. Mula2 ingatkan staff jaga buku ke rupanya penulis Novel. Antara yang saya perasan selepas lama memerhati sorang penulis bernama Murni Aqila (FB: Novelis Murni Aqila) mempromosikan novel beliau bernama Gila Tak Rindu, Sayang Awak Sayang, Jampi dan lain2 lagi.



Semoga ada jualan gudang sebegini tahun depan tak sabar nak shopping lagi.

No comments:

Post a Comment