Saturday, November 3, 2018

Western Jalanan, Jalan Sungai Kantan, Kajang

Assalamualaikum. Lama tak bersiaran JJCM. Tahun ni merupakan tahun paling kurang saya menulis dan membuat review. Mungkin kesibukan hal di rumah membuatkan saya kekurangan masa untuk menulis.

Tempat kali ni diberi nama Western Jalanan. Saya dapat tau tempat ni pun secara tak sengaja suatu ketika dulu ketika OTW balik dari Mantin dan plan nak singgah makan sate di Jalan Sungai Kantan, Kajang. Tengah lalu petang tu dalam pukul 6.30 pm tengok ramai pulak. Saya pun patah balik nak tengok. Dah siap parking masa tu tapi tengok meja penuh betul saya pun batalkan hasrat nak mencuba. Takut lama tunggu.


Maka hari ni saya keluar dari Nanding agak awal lepas Asar je terus bersiap nak ke Jalan Sungai Kantan nak jadi orang terawal sampai. Alhamdulillah saya merupakan pelanggan pertama pada hari ni. Owner pun baru je siap2 meja semua. Lepas dah amik order semua saya pun sempatlah meninjau serba sedikit tempat ni. Lokasinya di Jalan Sungai Kantan. Berhampiran Surau Al-Hidayah Jalan Sungai Kantan. Saya sempat menyapa salah sorang yang sedang meng grill Chicken Grill tak pasti dia pemilik atau tidak. Tapi dia cakap dah tahun beroperasi dan rumahnya kat depan tu sahaja. Menu yang saya sekeluarga order hari ni adalah Mix Grill (Chicken & Lamb), Chicken Grill Cheese, Chicken Chop & Garlic Bread with Mushroom Soup.






Tak lama juga menanti dalam 10 minit sampai lah Chicken Chop disusuli dengan Mix Grill dan akhir sekali Garlic Bread bersama Mushroom Soup. OK saya mulakan dengan merasa order anak saya iaitu Chicken Chop. Crispy ayamnya dan didatangkan bersama sos black pepper. Chicken Chop memang tidak terasa garamnya sangat dan memang untuk dimakan bersama sos black pepper barulah gabungannya kena. Sos Black Pepper kat sini ok bagi saya.








Berikutnya saya mencuba menu yang saya minta iaitu Mix Grill gabungan ayam dan lamb. Chicken Grill dan Lamb untuk rating saya boleh bagi 3.5 dari 5 dan masih OK. Rasa lain dari lain. Terasa perapannya. Cuma bagi saya lebih baik jika dapat rasa juicy sedikit. Mungkin peringkat awal grill dan mana tau. Tapi masih OK bagi saya. Portionnya memang mengenyangkan terus terang saya kata. Akhir sekali saya mencubit sedikit rasa dari order anak saya yang sorang lagi iaitu Garlic Bread dan Mushroom Soup. Yang ni OK juga boleh diterima. Saya boleh bagi rating 3.8 camtu.








Untuk makluman hari Isnin sini akan tutup. Pelanggannya memang ramai. Masa saya nak balik hampir nak penuh mejanya. Masa awal2 saya mengetahui tempat ni memang full meja dia. Kesimpulannya western sini OK juga dan boleh pergi jauh memandangkan pelanggannya ramai. Kalau dapat ada rasa juicy pada Chicken Grill dan Lamb insya Allah sangat OK dah bagi saya. Anda dijemput untuk mencuba. Guna je aplikasi Waze untuk mencari tempat ni.

Lot 7212 Jalan Sungai Kantan

Kajang, Malaysia 43000

011-2618 0384

No comments:

Post a Comment