Sunday, June 24, 2018

Raya di Kuala Pilah & rumah antik 100 tahun

Semalam balik kampung ziarah raya di Kuala Pilah. Antara yang nak di kongsikan kali ini salah satu rumah kenalan baik mak saya di kampung.

Untuk makluman usia rumah ini telah menjangkau 100 tahun tapi tengoklah bahagian luarnya masih cantik dan di jaga rapi.  Menurut pemiliknya jika ada yang berminat untuk jadikan rumah beliau lokasi penggambaran, bayaran boleh bincang terus dengan pemilik.



Dirumah adiknya pula saya ambil gambar ini kerana terkenangkan semasa zaman saya masih menggunakan modem 33.6  kbps untuk capaian internet, zaman inilah wujud Buku Panduan Telefon dan atau nama lain Yellow Pages. Sekitar tahun 90 anda kalau tak silap mungkin awal lagi.



Yang terakhir sekali pokok yang ni jarang saya jumpa kat tempat saya menetap sekarang. Teringat dulu daun ni kalau masa buat rendang ayam tambah daun ni memang merecik. Inilah dia daun puding.


No comments:

Post a Comment