Sunday, June 24, 2018

Tempat ni kalau masuk memang jadi khayal

Begitulah tajuk kali ni. Tetapi bagi pendapat saya lebih ditujukan kepada kaum lelaki. Hari ni saya tak pergi beraya sebab dah rancang nak pergi ke tempat melekakan saya seketika.

Bagi kebanyakan kaum wanita, shopping adalah terapi semulajadi buat mereka. Tapi bagi saya memasuki ACE Hardware adalah terapi bagi saya. Takda beli baju raya saya memang tak kisah tapi masuk kedai ni buat saya sangat-sangat leka, seronok, lapang dan tak tergambar keseronokannya. Setakat ni ACE Hardware kat Midvalley Megamall ni memang lokasi kegemaran.


Misi hari ni saya mencari multi purpose cleaner dan penghilang bau hapak. Dalam soal penjagaan kereta kebersihan dan kesegaran bau dalaman kereta memang saya titik beratkan.



Tengah leka membelek terbeli lagi satu corong minyak ni. Saya beli khas untuk topup minyak gear auto memandangkan lokasi nak tuang agak sempit dan jauh ke bawah jadi nak memudahkan saya dan customer bila sewa kereta saya tambah lagi satu. Lengkap sudah 3 set untuk setiap satu kereta saya.


Jumlah keseluruhan untuk barang-barang dalam bakul tu adalah RM 116.50 dan saya beli juga kertas pasir gred 600 dan 2000 untuk projek DIY kilatkan lampu kereta saya. Harga barang-barang ni bagi saya sederhana mahal, ada yang lagi mahal. Salah satu sebab saya suka ke sini produknya pelbagai dan kedai-kedai biasa jarang ada jenama pelik dan barangan import sebegini.


No comments:

Post a Comment