Friday, September 18, 2020

RCR JJCM Kedai Cik Eton Dusun Tua



Saya pernah kongsikan berkenaan warung tersorok di kawasan Dusun Tua, Hulu Langat ni pada posting FB di link berikut: Warung nasi lemak roti canai Cik Eton

Bagi yang berdekatan tau lokasinya namun ada yang tidak tahu. Jadi saya kongsikan melalui video bagaimana untuk ke lokasi Kedai Cik Eton serta apa yang ada kat sini. Selamat mencuba.

RCR JJCM Roti John Semenyih


Anda bayangkan saya sanggup dari Hulu Langat ke Semenyih malam tu semata-mata nak cuba Roti John Semenyih. Melilau di wall FB saya mengenai Roti John Semenyih ni dengan gambar-gambar pengguna Facebook kongsikan maka saya jadi tak senang dan nak juga cuba.

Sebenarnya tak jauh sangat kalau dari lokasi saya. 26km sahaja mengikut Waze dan lebih kurang 30 minit kalau jalan tak jem. Sampai je tempat ni pertama kali yang saya nampak adalah tempat ni memang kemas dan bersih. Itu yang paling penting. Kemas dan teratur. Syabas team RJS.

Kali ni saya order roti john daging dan nasi lemak wrap dengan tambahan ayam goreng crispy. Bagaimana rasanya? OK teruskan menonton video ni sampai habis.

Thursday, August 6, 2020

Pekena corn dog kat KYY HAUS Ampang




Dalam posting FB sebelum ni kat link https://www.facebook.com/hairule78/posts/1207846129562059 saya edit gambar-gambar dan masukkan video sedikit maka terhasillah video ni.

Untuk makluman video kali ni saya menggunakan 100% edit kat handphone sahaja. Jadi kalau anda dah memang menggunakan handphone sepenuh masa anda boleh juga buat video simple tanpa perlu ada komputer. Lokasi KYY HAUS ni kat Dataran Kolejas. Anda google sahaja mesti jumpa. OK saya taknak story panjang dalam description ni, layan je video ni.

Thursday, July 23, 2020

Roti Kaya Junus



OK video kali ni pendek saja. Sesiapa yang lalu area Watsons Lagenda Suria, Hulu Langat kadang-kadang perasan ada satu van jual roti. Setelah beberapa kali lalu, saya singgah nak mencuba sendiri roti ni. Untuk pengetahuan saya memang penggemar roti babu yang cukup disapu marjerin dan kaya sahaja. Terkenang ketika saya berumur 6 tahun dulu memang suka roti yang disapu marjerin dan kaya. Masa tu babu jual roti cuma naik basikal tua dan memang jauh dia kayuh basikal tua tu.

Kali ni saya bertemu dengan penjual tapi dengan konsep sedikit moden. Walaupun moden tapi rasa hampir-hampir tak lari. Memang menggamit kenangan bila pekena roti yang disapu dengan mentega dan kaya. Anda yang belum cuba silalah cuba. Bagi saya ok dan sedap untuk dinikmati. Jenama yang diketengahkan diberi nama Roti Kaya Junus. Kalau tengok dari kain rentangnya berasal dari Perak. Itu sahaja review ringkas untuk entri kali ni. Sedap saya dah cuba. Anda bila lagi?

Wednesday, June 24, 2020

Sate Dusun Tua amcam padu ke?




Kredit musik tema:
Kumpulan Senario - Cinta Sate

Video kali ni adalah review sate terbaik di Dusun Tua Hulu Langat. Sebenarnya agak sukar nak mencari sate yang mantap dari segi kedua duanya iaitu dari segi rasa sate dan juga rasa kuah kacangnya. Penjual sate kali ni dah bertapak lama kat Hulu Langat. Zaini namanya. Istimewanya tidak ada tempat untuk makan cukup sekadar bungkus sahaja. Tapi jangan terkejut sebab walaupun sekadar bungkus tapi pelanggan tetapnya cukup ramai. Jangan terkejut boleh dikatakan setiap hari habis satenya. Ye memang habis. Lambat order habis. Apa yang menarik sate kat sini?

Oh lupa saya nak perkenalkan ownernya. Tuan punya perniagaan ini adalah Abang Zaini (FB: https://www.facebook.com/mohd.zaini.376695) Kalau mengikut Page Rasmi beliau Sate Dusun Tua (https://www.facebook.com/SATE-DUSUN-TUA-724974200902754/) waktu operasi bermula setiap hari bermula pukul 5.00 petang sehingga habis. Jadi kalau lambat memang habis. Apa yang uniknya sate kat Abang Zaini sampai saya buat video khas untuk promote? Ya satenya dah tentu sedap, cukup ngam masaknya tak terlalu mentah dan tak terlebih masak. Juicy dan lembut. Aroma perapan rempah memang just nice. Tidak keterlaluan perapannya. Bagaimana dengan kuah kacangnya? Sudah tentu terbaik. Kalau musim sebelum Syawal memang saya tempah siap2 kuah kacang kat Abang Zaini ni sebab nak makan dengan nasi impit dan lemang. Memang terbaik. Anda belum pernah cuba? Serius rugi. Cuba kalau tak percaya. Dah try sila kongsikan pengalaman anda dan komen terus kat alam maya. Insya Allah sedap.

Bagi yang mencari kereta sewa boleh hubungi saya melalui WhatsApp link berikut:

http://rcr.wasap.my
https://www.facebook.com/rulcarrental/
http://rulcarrental.blogspot.com/

#keretasewabajet
#hululangat
#rulcarrental

Mohon Follow, Like dan Share video ini. Terima kasih.

Tuesday, June 23, 2020

Bersih ke cuci kereta kat Umair Car Wash?




Video kali ni adalah review cucian kereta di Umair Car Wash, Hulu Langat.  Selalunya saya ada membuat review melalui posting di FB Page saya: Rulcarrental (https://www.facebook.com/rulcarrental/) tapi kali ni saya buat versi video untuk perkongsian.
Dengan kedai yang besar dan selesa, anda boleh berehat santai sambil menunggu kereta anda siap dicuci. Insya Allah bersih dan terbaik hasil cucian kat sini.
Lokasi car wash adalah di Sungai Serai, Hulu Langat. Gunakan Waze: Umair Car Wash dan akan jumpa car wash ini.

Bagi yang mencari kereta sewa boleh hubungi saya melalui WhatsApp link berikut:

http://rcr.wasap.my
https://www.facebook.com/rulcarrental/
http://rulcarrental.blogspot.com/

#keretasewabajet
#hululangat
#rulcarrental

Mohon Follow, Like dan Share video ini. Terima kasih.


Kredit musik tema:

Wings Of Norway by Scandinavianz https://soundcloud.com/scandinavianz
Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0
Free Download / Stream: https://bit.ly/wings-of-norway
Music promoted by Audio Library https://youtu.be/71enqnxhJZI

Wednesday, June 17, 2020

RCR JJCM Otai Burger Ampang


Assalamualaikum. Lama gila tak buat review makanan. Kali ni memang ambil masa buat review sebab selalunya saya amik gambar dan terus upload kat Page ni. Tapi kali ni lain. Disebabkan musim PKPP ni saya masih lagi bekerja dari rumah, maka sambil2 merehatkan minda dari kerja pejabat, saya selit2 belajar secara online bagaimana menghasilkan video. Sebenarnya dari segi asas saya tau serba sedikit. Cuma kali ni saya cuba software lain. Bukan mudah sebenarnya. Tapi saya cuba juga.

OK review kali ni kalau sebelah petang anda ke area PETRONAS Jalan Kolam Ayer Lama tu anda akan perasan dekat medan selera tu ada stall Otai Burger. Otai Burger ni merata ada dah. Sekali sekala saya memang layan cuma kali ni berkesempatan record dan sembang2 dengan peniaga terbabit. Maka dengan video pendek tersebut saya balik dan edit2 maka terhasillah video ni. Kenapa saya nak share video ni? Selain dari mengasah bakat saya untuk belajar lebih mendalam video editing, saya nak ketengahkan gerai2 makanan yang nampak sempoi tapi rasa mantap.

Ya memang burger yang saya order ni mantap dan padu rasanya. Saya tak tau apa namanya tapi saya order burger ayam special. Daging ayam tu saya pilih jenis tebal sedikit dari biasa. Kalau tengok dari cara dia buat simple je. Tak perlu letak sos cheesy tapi yang ajaibnya rasanya memang sangat sedap. Just cukup rasanya. Cerita banyak tak guna. Saksikan perkongsian video ni.

Thursday, May 28, 2020

Mencari kereta sewa?


Untuk info dan hebahan. Buat pelanggan2 kereta sewa yang dihormati. Saya kini sedang mengubah sedikit urusan borang yang kebiasaannya mengisi borang beserta salinan dokumen2 berkaitan. Kini hanya melalui atas talian/online. Masih peringkat percubaan dan jika berjaya, tidak ada lagi urusan isi borang, photostat dan sebagainya. Semuanya menggunakan smart phone anda.

Nak sewa kereta? Klik jer http://rcr.wasap.my untuk terus WhatsApp saya.








Saturday, March 30, 2019

Urusan Puspakom kereta second hand yang baru beli minggu lepas.



Monday, November 5, 2018

Jualan Gudang Karangkraf 2018

Semalam (4 November 2018) saya berkesempatan untuk mengunjungi Karangkraf di Seksyen 15. Ada jualan gudang untuk akhir tahun 2018. Jangan tak percaya Novel tebal2 yang selalu harganya sekitar RM 19.00 ke RM 28.00 tu anda boleh dapat RM 1.00 sahaja kat sini. Tu yang ramai menyerbu tu. Saya pun apa lagi taknak ketinggalan untuk bawak anak2 saya yang sememangnya gemar membaca novel.



Tahun sebelum ni kalau tak silap saya dia buat di luar dan pasang khemah besar. Tahun ni kat dalam. OK sket dan sejuk beraircond. Macam2 gelagat saya perhatikan kat sini. Ada yang penuh sekali 2 bakul, ada yang sekadar memeluk sahaja buku yang dah dipilih, ada yang duduk tersandar kat dinding, ada yang tunggut kat sudut dan sorang lagi pergi memborong dan ada juga yang melihat lihat sahaja. Itulah ragamnya semalam tapi memang meriah.



Inilah masanya untuk anda mendapatkan buku pada harga yang murah. Untuk makluman bukan setakat novel sahaja, ada buku masakan, Al Quran dan macam2 lagi saya pun tak sempat nak meneroka jauh ke belakang sebab ramai orang sangat dan bawak anak kecil. Kat sini juga anda berpeluang untuk berjumpa dengan penulis novel sendiri mana2 yang kaki membaca novel tu. Saya memang perasan ada 2 orang duk promote novel masing2. Mula2 ingatkan staff jaga buku ke rupanya penulis Novel. Antara yang saya perasan selepas lama memerhati sorang penulis bernama Murni Aqila (FB: Novelis Murni Aqila) mempromosikan novel beliau bernama Gila Tak Rindu, Sayang Awak Sayang, Jampi dan lain2 lagi.



Semoga ada jualan gudang sebegini tahun depan tak sabar nak shopping lagi.

Saturday, November 3, 2018

Western Jalanan, Jalan Sungai Kantan, Kajang

Assalamualaikum. Lama tak bersiaran JJCM. Tahun ni merupakan tahun paling kurang saya menulis dan membuat review. Mungkin kesibukan hal di rumah membuatkan saya kekurangan masa untuk menulis.

Tempat kali ni diberi nama Western Jalanan. Saya dapat tau tempat ni pun secara tak sengaja suatu ketika dulu ketika OTW balik dari Mantin dan plan nak singgah makan sate di Jalan Sungai Kantan, Kajang. Tengah lalu petang tu dalam pukul 6.30 pm tengok ramai pulak. Saya pun patah balik nak tengok. Dah siap parking masa tu tapi tengok meja penuh betul saya pun batalkan hasrat nak mencuba. Takut lama tunggu.


Maka hari ni saya keluar dari Nanding agak awal lepas Asar je terus bersiap nak ke Jalan Sungai Kantan nak jadi orang terawal sampai. Alhamdulillah saya merupakan pelanggan pertama pada hari ni. Owner pun baru je siap2 meja semua. Lepas dah amik order semua saya pun sempatlah meninjau serba sedikit tempat ni. Lokasinya di Jalan Sungai Kantan. Berhampiran Surau Al-Hidayah Jalan Sungai Kantan. Saya sempat menyapa salah sorang yang sedang meng grill Chicken Grill tak pasti dia pemilik atau tidak. Tapi dia cakap dah tahun beroperasi dan rumahnya kat depan tu sahaja. Menu yang saya sekeluarga order hari ni adalah Mix Grill (Chicken & Lamb), Chicken Grill Cheese, Chicken Chop & Garlic Bread with Mushroom Soup.






Tak lama juga menanti dalam 10 minit sampai lah Chicken Chop disusuli dengan Mix Grill dan akhir sekali Garlic Bread bersama Mushroom Soup. OK saya mulakan dengan merasa order anak saya iaitu Chicken Chop. Crispy ayamnya dan didatangkan bersama sos black pepper. Chicken Chop memang tidak terasa garamnya sangat dan memang untuk dimakan bersama sos black pepper barulah gabungannya kena. Sos Black Pepper kat sini ok bagi saya.








Berikutnya saya mencuba menu yang saya minta iaitu Mix Grill gabungan ayam dan lamb. Chicken Grill dan Lamb untuk rating saya boleh bagi 3.5 dari 5 dan masih OK. Rasa lain dari lain. Terasa perapannya. Cuma bagi saya lebih baik jika dapat rasa juicy sedikit. Mungkin peringkat awal grill dan mana tau. Tapi masih OK bagi saya. Portionnya memang mengenyangkan terus terang saya kata. Akhir sekali saya mencubit sedikit rasa dari order anak saya yang sorang lagi iaitu Garlic Bread dan Mushroom Soup. Yang ni OK juga boleh diterima. Saya boleh bagi rating 3.8 camtu.








Untuk makluman hari Isnin sini akan tutup. Pelanggannya memang ramai. Masa saya nak balik hampir nak penuh mejanya. Masa awal2 saya mengetahui tempat ni memang full meja dia. Kesimpulannya western sini OK juga dan boleh pergi jauh memandangkan pelanggannya ramai. Kalau dapat ada rasa juicy pada Chicken Grill dan Lamb insya Allah sangat OK dah bagi saya. Anda dijemput untuk mencuba. Guna je aplikasi Waze untuk mencari tempat ni.

Lot 7212 Jalan Sungai Kantan

Kajang, Malaysia 43000

011-2618 0384